Saturday 4 May 2013

HATYAI PART 1

Hari ni aku dan mr.b pergi ke Hatyai, Thailand menaiki bas konsortium. Kami naik bas dari pudu sentral. Kami naik bas pukul 10 malam. Kami bercuti dari 5 - 8 April 2013. Sementara nak tunggu bas sampai kami makan malam di restoran sebelah Ancasa Hotel.










Lepas makan aku dan mr.b berjalan-jalan di UTC Pudu Sental ni..Banyak juga jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imegresen, LHDN, SSM, Pejabat Pos dan banyak lagi. Semua jabatan ni dibuka sampai pukul 10mlm.

Tepat jam 10 malam bas pun bergerak menuju ke pusat bandar. Bas ni berhenti di hentian Jalan Duta untuk mengambil penumpang yang lain. Selepas bas penuh, bas terus masuk ke lebuhraya utara selatan menuju ke Hatyai. Bas berhenti di hentian bas Changloon. Kami diberi masa selama 30minit untuk melepaskan hajat, makan dan kat sini bagi yang nak tukar duit thai boleh jugak tukar disini. Oh ye lupa nak bagitau semua makanan di sini adalah halal walaupun yang jual adalah cina. Lepas makan kami pun naik semula ke bas dan meneruskan perjalanan. Lebih kurang pukul 6pagi, kami semua bersedia untuk ke Imegresen Bukit Kayu Hitam. Yang best nya kita orang malaysia tak payah nak beratur panjang-panjang macam pelancong yang lain. Kita boleh terus guna autogate yang disediakan khas untuk orang malaysia. 










Selepas semua penumpang selesai urusan dengan Jabatan Imegresen. Bas masuk pula ke bahagian imegresen negera Thailand di Danok. Disini tak boleh amek gambar. Kat sini kita kena la beratur bersama-sama dengan pelancong-pelancong dari negara lain. Masa berurusan dengan petugas kaunter kena bayar RM1 seorang. Kalau pelacong luar kena RM10 seorang. Setelah semua selesai, kami pun meneruskan perjalanan ke hatyai. Kami  sampai di pekan Hatyai lebih kurang pukul 8 pagi Malaysia iaitu pukul 7 pagi waktu di Thailand. Sekadar berkongsi maklumat, waktu di Thailand adalah lewat 1 jam dari waktu Malaysia.



Mr B di imegresen Danok (gambar curi-curi amek)



Lee Garden

Sampai sahaja di Konsortium Hatyai, Amy terus beli tiket balik ke Malaysia. RM45 seorang. Lepas tu amy dan mr.b terus ke hotel yang mr. b dah booking melalui booking.com iaitu Cholatarn Hotel. Satu malam rm65 aje. best gak la hotel ni. tak la jauh sangat ngan bandar Hatyai. boleh jalan kaki aje. lebih kurang 10 minit. Gambar hotel terlupa nak amek la...Sorry ye.Lepas je check in, amy dan mr.b terus bersiap ke Kim Yong Market. Naik tuktuk dari depan hotel aje sebab tak tahu mana lokasi nya. Bayaran tuktuk hanya 20bath seorang. 

BESAR BETUL SOTONG DIORANG

Add caption